September 16, 2009...4:53 am

Kerja-kerja kita

Jump to Comments

Assalamualaikum.

Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi. Ramai kawan-kawan universiti Malaya memilih untuk bertahajud di Masjid Ar-Rahman dalam malam-malam terakhir ini.

Disamping beribadah dan sebagainya, tak lupa juga masyarakat marhaen Kuala Lumpur mula rancak keluar bershopping. Ke Jalan Tunku Abdul Rahman ajaknya. Tak pun ke Mydin atau Chow Kit. Saya hanya senyum dan tidak berminat tajuk-tajuk biasa seperti itu. “Aku shopping last-last lah,” jawab saya selalunya kali ini.

Beberapa acara menarik sebelum cuti raya. Kami di Econs sempat menganjurkan program santai ‘Sembang-Sembang’ malam ini (16hb). Bercakap tentang ekonomi Malaysia – Tajuknya mungkin agak sinikal iaitu ‘Apa cerita Ekonomi Malaysia?’. Undangan pula bukan calang-calang. Terima kasih kepada Sdr. Saifullah yang sudi mengaturkan kehadirian YB Nik Nazmi. Tak lupa juga Wan Firdaus yang sudi datang berkongsi pandangan.

Dalam beberapa minggu ini kerja-kerja akademik dan persatuan tetap banyak seperti selalu. Tambah-tambah beberapa acara mega khabarnya bakal menjelma di kampus selepas cuti raya; Pilihanraya Kampus. Alhamdulillah, banyak yang telah disiapkan. Semoga kita menempuhnya dengan penuh semangat baru membina Malaysia. Tak lupa juga, jangan ditinggal keikhlasan dan tawadhu’ kepada Allah. Semoga gerak kerja diberkati.

Saya pulang ke Kedah 17hb ini dengan perkhidmatan bas dari Persatuan Mahasiswa Kedah (Permadah). Tarikh pulang kami diawalkan sehari daripada tarikh asal, 18hb. Mungkin ada beberapa sebab tertentu. Saya teringat beberapa sahabat-sahabat saya ada menyebut; “Raya ini bagi kita ada dua keseronokkan, satu merayakan Raya itu sendiri, satu lagi ‘balik raya’,”ujar mereka. Saya tersenyum mendengar.

Bukan saja tak sabar beraya di kampung berjumpa kaum keluarga dan sahabat handai. Tapi juga tak sabar berkongsi rasa suka dengan sahabat-sahabat senegeri yang pulang beraya bersama-sama.

Semalam saya menghadiri mensyuarat berkenaan dengan Kelab Damai Universiti Malaya. Sebuah kelab induk atau penyeleras kepada kelab dan persatuan yang berteraskan Islam yang dipengerusikan oleh presiden Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM), Shazni Munir Ithnin. Pegawai penyelaras kami, Encik Imran dari Kolej 11th nampaknya bersemangat membantu menjayakan kelab Damai ini.

Alhamdulillah, aura komited tergambar pada presiden kelab dan persatuan yang terdiri daripada PMIUM sendiri disamping Angkatan Kejuruteraan Islam Uni. Malaya (AKIUM), Angkatan Siswa Siswi Sains Uni. Malaya (ASMUM), Persatuan Siswa Siswi Perubatan Uni. Malaya (PSIPUM) dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya (PMAPIUM).

“HEP bagi percuma bas-bas yang persatuan minta untuk pulang raya,”balas En. Imran semasa kami berbuka bersama. Saya memikirkan beberapa perkara bila beliau kata begitu, namun diabaikan sahaja.

Selepas menghadiri mesyuarat berkenaan, saya terus ke Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya (APIUM) sejurus selepas selesai solat maghrib di Arrahman. Khabarnya ada kuliah ‘Taubat’. Saya mula tertanya-tanya siapa penceramahnya.

Sampai di sana, baru saya tahu yang menyampaikan kuliah ialah sahabat dari Fakulti Pendidikan. Kami sempat bersalaman dengan beliau. Walaupun medium kuliah bahasa Kelantan, tapi saya tetap faham kerana ramai sahaja kawan-kawan dari Kelantan. 1 Malaysia kata orang politik. Rupanya baru saya tahu ada Persatuan Ulama’ Muda di kampus. Macam menarik.

Minggu lepas saya dan sahabat-sahabat yang lain sempat berusrah dengan Naqib kami, Abg Naim. Perbincang yang pada mulanya hambar tapi semakin lama semakin menarik. Mungkin gear satu sukar nak masuk dek usrah yang lama tak dibuat, sibuk masing-masing memanjang. Perbincang bermula dengan membedah beberapa perkara dari buku Confession of an Economic Hit Man, tulisan John Perkins. ‘Buku ini antara best seller!,” kata Abg Naim. Kami hanya mengangguk. Usrah menjadi rancak apabila kami melihat media antara faktor dalam membentuk minda manusia. Beberapa hari sebelum itu, saya bersama kawan-kawan Jalan Telawi membedah buka One Dimensional Man, karya Herbert Marcuse.

Perbincangan masuk ke tajuk tentang berkaitan dengan Yahudi dan Konspirasi. Maka kesimpulan akhir bagi usrah kami petang itu ialah saya perlu membentangkan hasilan dari bacaan saya bagi buku International Jew tulisan Henry Ford. Hahah.

Gara-gara saya postkan ayat ‘Fahmi Salleh is between the brand-new The Lost Symbol (Dan Brown) and The International Jews (Henry Ford) for my usrah-discussion after Raya di dalam Facebook,  Ammar pula sudi memberikan link ini bagi bacaan tambahan tentang tajuk tersebut. Menarik, terima kasih Ammar.

Saya sebenarnya pelik dengan perubahan yang sedikit mendadak. Kebelakangan ini semakin banyak usrah dan ‘pembedahan’ buku yang dibuat. Minggu lepas semasa mewawancara Hilman Nordin tentang ‘e-books’, beliau juga memaklumkan akan membuat perbincangan tentang beberapa buah buku bersama rakan-rakan Baitul Taubah (BT). Khabarnya juga mereka baru lepas membedah buku ‘Outliers’. Wah – lihatnya seperti ada ledakan nilai intelektual.

Usrah di UM bukan lagi bersifat one way, tapi lebih kepada mencari idea baru dan perbincangan masalah dan akar. Malah memandang sisi lain dalam tajuk-tajuk perbincangan kami. Disamping usrah pengenalan tentang asas-asas Islam, siri-siri perkembangan pemikiran ini nampaknya semakin mendapat tempat. Tambah pula, Naqib kami pula dari kalangan “orang-orang pemikiran” kata beberapa rakan. Saya pula senyum sahaja.

Bagi saya, bedah buku, bedah juga, tapi apa pun semuanya perlu ‘seimbang’.

Bagan Pinang akan berkampung beberapa hari lagi. Saya ucapkan selamat berpilihanraya kepada semua.

Mungkin dalam post berikutnya saya nak cerita sedikit tentang Sekretariat Alumni Pelajar Kolej Mara Kuala Nerang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat dalam gerak kerja penubuhannya.

Bagi rakan-rakan yang dah bergelar siswazah dan merancang untuk menceburi bidang perniagaan, saya doakan semoga berjaya.

Khabarnya rakan-rakan yang menganggotai PUSMAL akan bertolak ke German, selamat jalan saya ucapkan.

Selamat hari raya kepada semua kaum keluarga, sahabat handai jauh dan dekat. Semoga Ramadhan dan Hari Raya kali ini memberi seribu makna kepada semua.♦


6 Comments


Leave a Reply