“Qui desiderat pacem, praeparet bellum (let him who wants peace prepare for war)
- VEGETIUS, A.D FOURTH CENTURY
Anda semua boleh beranggapan bahawa saya seorang penyokong Pas dan Pakatan Rakyat, atau mungkin juga seorang jurnalis cum penganalisis politik muda. Itu semua hak anda para pembaca. Yang penting, semalam saya berada di Taman Melewar mendengar ceramah ‘Pencabulan Perlembagaan’.
Yang sebenarnya, tajuk-tajuk ceramah telah saya hadam beberapa minggu yang lepas. Kebiasaannya bagi mahasiswa, pendedahan kepada maklumat itu lebih sedikit daripada rakyat marhaen di luar.
Bukan isi ceramah yang saya cari, tapi ruh dan semangat rakyat yang saya ingin lihat. Barangkali sebab dah lama tak mengikuti ceramah di padang-padang, bendang (sawah). Dalam hujan di tengah-tengah ribuan masyarakat Malaysia. Dah lama juga telinga ini tak menjamah bunyi-bunyi bising hirup-pikuk penjual yang tumpang sekaki dalam suasana pemimpin politik beridealisme menggegarkan pentas. Ada unsur déjà vu kata orang.
Kadang-kadang bila kita di kampus, suasana agak berlainan. Kita kurang cakna dengan realiti masyarakat. Idealisme yang dibentuk oleh gerakan mahasiswa selalunya dipengaruhi oleh keluarga dan kawan-kawan. Kemudian berkembang hasil pengaruh politik luar dan media massa. Di tambah pula dengan perbincang kritikal oleh pensyarah dan rakan kampus yang lain.
Semalam saya Taman Melewar, baru saya ingat rakyat Malaysia sebenarnya berbilang kaum, pelbagai agama, bahasa dan fahaman. Terlintas juga dalam fikiran sebenarnya Malaysia juga ada rakyat yang agak miskin, terpaksa mencari ruang rezeki membuka kedai-kedai makan serta menjual makanan dan mainan disamping golongan yang berada dan berstatus tinggi.
Kadang-kadang, mahasiswa perlu lebih merakyat daripada pemimpin politik. Kita perlu memikirkan kembali suasana Malaysia yang baru, yang akan kita bentuk.
-Sekolah Pemikiran PJ-

2 Comments
May 29, 2009 at 10:28 am
Boleh…naik kepentas rakyat. Tentu tidak lagi dipanggil mahasiswa. tetapi pemimpin mereka (mahasiswa menggugat)…
July 10, 2009 at 7:39 am
saya suka membaca (walaupun saya kurang membaca) dan saya suka menulis..tapi pembacaan saya adakala memilih gaya penulisan untuk dijadikan panduan dalam penulisan. Dan saya suka gaya penulisan -Sekolah Pemikiran PJ- dan tok gurunya sekali (us pakaq).
p/s..perlu lebih banyak belajar dan berlatih…