April 8, 2009...11:05 am

Watak dan Babak dalam Drama Politik Islam di Malaysia – menarik!

Jump to Comments

Pagi ini saya makan pagi di Kompleks Perdana Siswa (KPS), suasana seperti biasa namun agak lengang. Banyak yang sibuk study mungkin. Berhadapan dengan tv, saya menonton  siri Wonder Pet. Siri kartun yang rata-rata mahasiswa suka.

Sebelum ini pun, saya tidak kenal langsung apa itu Wonder Pet, Cuma kadang-kadang muncul dalam lawak-lawak jenaka sahabat-sahabat, terpaksalah layan jugak. Dan tajuk BHarian (baca: sekali lagi lidah rasmi UMNO/BN)  hari ini ialah ‘BN kekal Batang Ai’. Dan saya kira lawak BHarian hari ini sanat menjadi.

Di saat seluruh media antarabangsa berbincang tentang watak baru Nizar sebagai pemain baru dalam politik Malaysia akhbar tersebut masih lagi memberi kreditfront page’ kepada tokoh ‘mereka’.

Nizar dilihat dilihat sebagai sebagai pengganti kepad De Facto DSAI malah in waiting selepas DSAI menjadi PM. Kita lihat saja nanti.

Apa-apa pun, tahniahlah kepada YB Nizar yang menang di Bukit Gantang. Semamangnya bacaan ramai terbukti beliau menang. Tahniah juga kepada yang di lain.

Cuma yang menarik perhatian saya ialah isu Penggunaan ayat-ayat Al-Quran semasa kempen seorang YB DAP dari Taiping.

Mungkin banyak mereka-mereka so-called ulama telah memberi respon terhadap perkara ini, pelbagai respon yang saya kira unik. Saya tak mahu hurai respon-respon tersebut sebab bukan bidang saya untuk mentafsir kembali, Cuma yang boleh katakan ialah ianya pelbagai.

Racing For Islam – Perlumbaan terhadap Islam

Islam membuatkan politik Malaysia lebih menarik daripada Negara lain. Banyak pandang sisi yang perlu dilihat. Suasana ‘perlumbaan dalam Islam’ atau Istilah ‘racing for islam’ dilihat suatu babak tersendiri dalam struktur proses politik Malaysia. Perlumbaan untuk menyakinkan siapa yang lebih Islam antara mereka.

Pengaruh politik Malaysia yang Islam dimulakan apabila Pas mengubah transisi kontual daripada nasionalis kepada kepimpinan ulama.  Para pembaca semua boleh selak buku-buku yang menghuraikan suasana ini. Bermula dari kepimpinan Burhanuddin Al-Hilmi yang nasionalis dan terus ke zaman baru yang mana Pas dilihat parti yang ‘berbahasa Tuhan’ . Situasi begitu.

Suasana begini memberi suatu bentuk fenomena kepada Politik Malaysia. Fenomenanya ialah kedatangan Islam dan revolusi masyrakat itu sendiri.

Kita lihat bagaimana Islam menjadi faktor dalam siri-siri kebangkitan rakyat di Malaysia. Saya ambil mudah,pada tahun 1998, kemarahan rakyat menjulang apabila DSAI dikaitkan dengan tuduhan meliwat dan homoseksual. Bagi rakyat pada ketika itu, pandang sisi kepada isu ini ialah nilai Islam. Haram, tuduhan melampau, saksi kepada tuduhan, mereka-rekakan isu dengan perkara sensitif. Masyarakat tidak dapat menerima suasana kepimpinan mereka melakukan sesuatu yang melanggar hukum Islam, dan menyimpulkan DSAI -sebagai  telah di sabotaj.

Seperti kita tahu, sejarah DSAI sememangnya sebagai penggerak Ilsam di masa mahasiswanya, dan track record beliau mewujudkan mentaliti masyarakat mengatakan tuduhan homoseksual itu sama sekali tidak berlaku. Itu suasana rakyat pada masa itu.

Perkara yang menarik bila bercakap tentang ‘perlumbaan dalam Islam’ di Malaysia tentunya parti politik yang bertanding. Pas yang dilihat Islam, dan UMNO yang dilihat nasionalis. Ketepian sentimen UMNO ini ialah pengkhianat rakyat, perompak hasil Negara atau apa saja yang bermain di fikiran anda. Bagitu juga bagi penyokong Pas, tinggalkan sebentar mentaliti kononnya anda penggerak Islam so-called aktivis Islam. Apa yang kita lihat ialah karekteristik parti politik (political party) yang menjadi pemain dalam gelangang demokrasi Malaysia.

Dalam isu ini, Pas sebagai pejuang Islam. DItambah pula parti politik ini mempunyai spiritual leader nya yang tersendiri iaitu Nik Aziz. Manakala bagi UMNO, kemasukan DSAI menjadikan UMNO ini sedikit Islam malah dengan kuasa yang ada, Islam itu diinterpretasikan dengan penubuhan elemen-elemen Islam – Bank Islam, UIA dan sebagainya.

Kemudian UMNO mempunyai krisis dimana Tun (baca: Mahathir jika terlalu banyak Tun dalam kepala anda) dilihat sedikit tidak relevan berbanding DSAI dalam tajuk perlumbaan dalam Islam ini. Dan terus tragedy 1998, kemudian reformasi dan seterusnya penangkapan beliau berkalu. Siri-siri krisis ini menyebabkan UMNO hilang apa yang kita panggil sebagai ‘political vessel’ dalam mencorak imej Islam kepada UMNO.

Dan kelompangan yang berlaku diisi sepenuhnya oleh PAS, malah sebelum itu pun Pas telah membina empayar di Kelantan tapi dari sudut nasional, Pas itu tak kelihatan wataknya.

Baik, dalam isu YB Taiping yang mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran semasa ceramahnya, saya kira uniknya disini ialah Islam sebagai alat politik. Bukan maksudnya saya selari pemikiran dengan Datuk Harussani Zakaria yang menidakkan manipulasi Islam dalam politik. Kalau diambil pandang sisi begitu, sudah tentu Pas merupakan pesalah yang terbesarnya dalam soal memanilupasi Islam sebagai alat politik. Bagitu juga UMNO yang dilihat cuma melayakkan parti tersebut dalam ‘perlumbaan’ ini dengan mewujudkan Islam Hadhari.

Tetapi yang saya tekankan ialah bagaimana Islam dan seluruh elemen yang berkaitan dengan Islam ditonjolkan dalam mendapat tempat di hati masyarakat muslim Malaysia. Dan bagaimana suasana ini menjadi polemik menarik kepada politik Malaysia.

Kalau dahulu saya kira sebelum munculnya Pakatan Rakyat, Islam dikaitkan dengan Melayu. Dan apa yang berlaku ialah tajuk Islam akan mengheret semua tajuk-tajuk berkaitan dengan Melayu seperti DEB, ketuanan Melayu,  kepelbagaian ras dan bangsa dalam Malaysia malah adat-adat melayu.

Berbeza dengan masa sekarang, Islam dilihat suatu bentuk perjuangan yang lain berbanding nasionalisme. Respon ini banyak dibawa oleh kaum bukan Melayu Islam. Dan keadaan ini menyebabkan UMNO dilihat semakin tidak relevan dalam perlu suasana ini. Rakyat telah melihat ada suatu bentuk dikotomi diantara dua perti politik Melayu-Islam.

-Sekolah Pemikiran PJ-

3 Comments

  • salam saudara fahmi.
    satu pandangan yang bagus,cuma kita belum bersedia untuk “mengislamkan”semua itu.Pihak pembangkang bersama dap dan keadilan sekadar menyuntik sedikit minyak untuk api kemarahan rakyat kepada kerajaan sekarang.Sekiranya pembangkang serius didalam perjuangan islamnya,kenapa tidak di tentang sehebatnya didalam parlimen berkenaan isu isu yang menjadi punca kepada keruntuhan moral seperti pengeluaran drama dan filem yang sudah keterlaluan untuk ditonton oleh remaja,isu pemakaian yang sudah hampir bogel dll.Mungkin isu ini tidak boleh meningkatkan kredit mereka,maka terpaksa dikesampingkan dan didahulukan dengan isu lain yang mana boleh dipandang sebagai isu penyelamat atau backing issue.itu yang saya sedang tunggu .

  • terima kasih atas pandangan….

    -Sekolah Pemikiran PJ-

  • Anak Muda Reform

    bersedia generasi muda yang bakal memikul tangungjawab membawa islam memimpin perubahan….


Leave a Reply