March 14, 2009...12:01 am

Dan sekarang Ku Li paling cepat tangkap..

Jump to Comments

Ku Li atau nama sebenarnya Tengku Razaleigh Hamzah kini dilihat antara pemimpin yang semakin faham (baca: antara yang baru nak faham, Alhamdulillah..) dengan suasana politik Malaysia yang berwajah baru, strateginya pun baru, atau dalam bahasa akademiknya dipanggil – Politik Baru (New Politics).

Semalam saya di Akademi Pengajian Melayu mengikuti Forum – tajuk Siapa Melayu? Panelis yang hadir ialah Datuk Dr. Zainal Kling (mantan TNC Uni. Malaya), Datuk Dr. Hasan Ahmad (pengarah eksekutif Karyawan), dan Saudara Ridwan Muhammad (Ydp MPMUM). Moderator pula, Ahmad Fedtri Yahya (TV3).

Semestinya tajuk dan skop perbincangan bermain dalam isu bangsa yang bernama Melayu. Dan semestinya juga menyentuh tentang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI). Dan yang pasti, doktrin Melayunya lebih lagi biasa.

Selepas Tsunami Politik 8 Mac yang baru saja menyambut ulang tahun, penganalisis menganggap suasana sekarang ialah suasana Post Materialism (dengan izin….). Iaitu suasana masyarakat tidak lagi memilih politik perkauman, malah juga tidak mengenal agama, tetapi lebih memberi ruang kepada politik nilai, kalau dalam bahasa Inggeris, ‘Color-blind politics’. Bukan lagi zaman Materialism, zaman stutus quo pada bangsa dan parti.

Ambil saja contoh Pilihanraya Kuala Terengganu, suasana masyarakat yang sekian banyaknya ialah golongan muda memilih untuk mengundi tokoh, bukan parti. Parti bukan lagi pilihan, bukan lagi BN, atau Pas (baca: mengambil contoh Terengganu).

Jadi suasananya begitu, melihat pada Parti sudah seperti tidak relevan kesan kebobrokan yang dilakukan Parti UMNO. Dengan rasuah, skandal dan kepimpinan korup (baca: dengan bukti), maka politik perjuangan sudah tak relevan, golongan muda melihat pada keikhlasan (walaupun dibuat-buat), good governance, kecerdikan, bersih dan seumpamanya. Dalam kes Politk Malaysia dan Tsunami Politik, secara tak sengaja (atau disengajakan), selera masyarakat kena pada Pakatan Rakyat.

Dan Ku Li pula cepat ambil peluang dalam hal ini disaat kepimpinan UMNO (baca: Melayu) masih main silap-mata, masih lagi dalam suasana penafian (state of denial). Kerajaan Perpaduan, atau apa idea sekalipun, ianya bermain tentang politik nilai, garapan nilai-nilai murni yang tak kenal bangsa malah agama.

Tak mahulah saya nak katakan beliau (Ku Li) kalau cepat baca, maksudnya akan cepat dan pantas bergerak, atau dengan kata lain, akan Berjaya memimpin UMNO, ataupun Malaysia. Apa yang pasti, status Ku Li masih dalam pemerhatian. Babak seterusnya di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

-Sekolah Pemikiran PJ-

2 Comments


Leave a Reply