8 Mac sehingga semalam ialah ulang tahun Tsunami Politik Malaysia, yang DSAI sifatkan sebagai kelahiran baru nasionalisme.
Secara umumnya, rangkai kata semangat baru nasionalisme bolehlah sifatkan sebagai suasana perjalanan politik nilai yang tidak mengira kaum atau bangsa, bernaung dibawah bumbung Bangsa Malaysia, perjalanan dasar prakmatik dan menyeluruh. Dan segala cerita tentang politik bawaan ‘ketuanan rakyat’ atau ‘people supremacy‘ yang mula disebarkan doktrin oleh DSAI dan rakan-rakan..
Soalya adakah gagasan pembawaan idea nasionalisme yang dicanang DSAI ini mendapat persetujuan semua? Pas dengan perjuangan Islam dan DAP dengan liberalis berkonotasi ‘Malaysian Malaysia’?
Mungkin agak sensitif bagi Pas bila bercakap soal nasionalisme. Pas sudah lama berbalah dengan UMNO dalam isu Nasionalisme. Bermain juga dalam kepala saya, adakah zaman sekarang masih relevan ingin digunakan teori Burhanuddin Al-Hilmy mengaut sokongan masyarakat dengan mengambil pandang sisi kebangsaan. Secara sepintas lalu, rasanya idea itu tidak lagi relevan.
Pernah saya ajukan soalan pada beberapa Prof. politik yang faham perjuangan Pas dan Islam itu sendiri. Bolehkah Pas menggunakan sisi nasionalisme dan nilai kebangsaan dalam perjuangannya menyebar fahaman Islam. Jawapannya tidak mengapa, asalkan Islamnya dihadapan. Jawabnya ringkas, tapi fahamnya meluas.
DAP dengan pembawaan ‘Malaysian Malaysia’ mungkin agak senang duduk berbanding Pas walaupun ‘tagline’nya agak panas, namun tak banyak bezanya dengan prasa ‘Bangsa Malaysia’.
Soalnya kemana halatuju ‘nasionalisme’ Pakatan Rakyat kali ini?. Hanya sekadar bawaan sementara atau manifestasi baru harapan Rakyat dalam penyatuan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa?
-Sekolah Pemikiran PJ-
