February 19, 2009...9:11 am

Coretan ala Kampung tentang Ekonomi Islam

Jump to Comments

p1090451

‘Gaya blogger; sesimple mungkin”

1.       Semalam saya di Putrajaya, majlis Dialog bertajuk Global Financial Uncertainties and The Future of Malaysia. Yang hadir ialah Tun Mahathir dan Nobel Prize Winner Prof. Dr. Robert Engle.

2.       Seikhlasnya, saya tengok ramai yang datang bukan nak berjumpa Prof Engle, tapi nak berjumpa Tun. Mendengar nasihat dan sepatah dua kata dari orang tua itu. (tak terlalu kasar rasanya ayat saya bukan? Maaf kalau terkasar, ayat kampung dari Kedah).

3.       Banyak yang diperkatakan tentang ekonomi dunia dan krisis kewangan yang berlaku. Meliputi pencapaian pasaran kewangan Malaysia, struktur politik dan sejauh mana kita dapat mengatasi situasi ekonomi dunia sekarang. Ramai orang bank dan penganalisis ekonomi yang datang. Prowaris pun ada. Tersenyum saya teringatkan isu baru-baru ini – “Yes to ISA”.

4.       Semalam Tun Mahathir ada sebutkan tentang konsep wang dan cagaran ke atas cetakan wang dunia. Sememangnya dah lama beliau sebut-sebut tentang perkara ini. Tambahan pula Kelantan semakin menyinar dengan idea Dinar Emas. Melihat kepada itu, saya rasa kita kena belajar sedikit tentang asal-usul wang dan terma-terma seperti wang fiat, dan dinar emas. Tak kiralah anda dari jurusan apa, bercakap tentang ekonomi, anda semua perlu buka mata. Sampai kemana sekalipun belajar, duit perlu difikir. Nanti bank ‘makan’ banyak bila nak beli rumah, dia juga yang bising.

5.       Dah lama kita bercakap tentang duit kertas dan cetakannya yang membabi buta oleh bank-bank semata-mata untuk membawa pinjaman yang banyak untuk para pelanggan dagangan. Ramai yang rasanya tak faham lagi tentang isu ini dan sejauhmana kita dapat bertukar kepada Dinar Emas dan keperluannya masa kini. Semua orang Islam sememangnya mengaku Islam agama lengkap, penyelesai masalah. Sahabat bukan muslim juga semakin berminat untuk membaca pasal Ekonomi Islam.

6.       Tapi dalam konteks Ekonomi, dunia sedang melihat ekonomi sekarang tak boleh lagi berpihak kepada kapitalis mahupun sosialis. Tengah-tengahnya apa? Maka Ekonomi Islam boleh dikatakan sebagai jalan penyelesaian terbaik. Pakar seluruh dunia seperti sedang berhujah dengan hebatnya tentang penyelesaian ekonomi padahal saya rasa itu konsep dalam Perbankan Islam. Cuma nak mengenengahkan itu satu hal. Perlu usaha juga.

7.       Dalam erti kata lain, saya nak mengajak semua meneliti sedikit tentang ekonomi Islam dengan lebih mendalam. Mungkin anda lihat saya sedang melobi Islam dalam aspek ini. Bukan begitu. Kita mencari jalan penyelesaian, dan inilah jalannya. Mungkin boleh cuba, dan sudah terbukti.

8.       Saya tidak belajar struktur Ekonomi Islam sedalamnya. Malah saya tidak belajar langsung secara formal, hanya melalui pembacaan dan sedikit ‘tengok-tengok’ dalam beberapa tulisan. Tulisan Erik Reinert baik juga untuk diteliti tentang kritikan sistem ekonomi kapitalis secara sejarah dan falsafahnya. How Rich Countries Got Rich tulisan beliau memang membawa pandangan sisi yang lain. Tetapi tak disebutkan langsung pasal Ekonomi Islam. Tak apa lah. Ustaz. zahiruddin pun ada. Tapi tulisan beliau terlalu keras, tak boleh saya seimbangkan dengan aspek semasa. Tulisan beliau tak meliputi penyelesaian masa kini, maksud saya, ada beberapa aspek lagi yang patut dihuraikan supaya lebih seimbang dan tak menimbulkan tanda tanya tergantung dalam aspek perbankan Islam. Secara peribadi, tulisan beliau merupakan rujukan yang sangat baik. Terima kasih.

9.       Kalau semua berminat dengan Ekonomi Islam, mungkin boleh tanyakan kawan-kawan dari Akademi Pengajian Islam. Sana banyak pakar.

8 Comments

  • nk kongsi r pasal ekonomi islam…doakan yg terbaik

  • Brother Fauzan Maaruf la pakar kewangan Islam..Pi rujuk dia..hehehe

  • ya, di akademi Islam maksud saya Kuliyyah Syariah Ekonomi, Prof Joni dan Dr. Amir antara yg pakar.. Perkongsian bmanfaat antara rakan2 di Fakulti Ekonomi, Fakulti Akaun dan API Syariah Ekonomi..

  • nk belajar ekonomi islam? i suggest kitab Nidzomul Iqtisod, Syeikh Taqiyuddin An-Nabahani

    sekadar berkongsi

  • ok, trima kasih thinker, prkgsian mklumat dan ilmu kpd smua.

  • Anak Muda Reform

    kita selalu bicarakan, dulu ketika negara soviet tumbang (beraliran sosialis), maka dunia melihat sistem ISLAM akan bangkit, malangnya, tah kemana umat ISLAM ketika itu…skang apabila kapitalis tumbang, slogan kebangkitan kewangan ISLAM sebagai penyelesai masalah kewangan dunia hari ini..tapi dimana sistem kewangan ISLAM yang diagung2kan???pada hemat saya, kita kadang2 terlalu beretorik panjang, bahkan intelektual kita tidak bersedia memimpin dunia dengan sistem kewangan dan perbankan ISLAM…bahkan tidak ada usaha yang serius, macam mane nak serius, tengokla, semua bank2 konvensional telah mula memperkenalkan sistem perbankan ISLAM..yes, mungkin kita boleh berbangga, sistem perbankan ISLAM telah diterima, tapi dalam tak sedar, kita tetap menggerakkan bank2 yang mengamalkan riba..wallahualam, mungkin kasar penelitian saya ini…

    nih nak wat lawak la cikit..hari tuh, aku sembang2 dengan kawan2 aku budak2 sosialis la..bincang2..die tak setuju dengan kapitalis, die jugak tek setuju dengan idea sosialis karl marx, so kami katelah, ISLAM la tengah2, tak die ada jawapan lain, tahu ape die???sosialis-demokrat,tergamam aku seketika..huhu…manusia2..

    kalu nak baca berhubung penulisan yang agak berat jugak la berhubung ekonomi ini, aku cadangkan, buka blog @ website waubebas.org …menarikla, sorang yang ada fikrah ISLAM, tapi menyokong kapitalis, better ko baca, susah aku nak komen, aku pun pening..

  • Berbicara mengenai Sistem ekonomi Islam itu amat mengasyikkan, apalagi dgn kitab2 yg tebal2 dlm bahasa Arab.Klu rajin, pii-lah kat Pustaka UKM. Ada kitab sebesar tiang bangunan UKM, bila i buka maoi! “berabok” alias berdebu…ertinya pensyarah FPI pun belum baca lagi bukutu. Takpelah.! Pd tahun 1990,seorng Pensyarah, dari Indon DR.Ahmad syafie Maarif bergurau dgn nada tegas ketika saya minta komentar tentang pengajian di Malaysia, beliau respon,” ..beruntung bapak menjadi rakyat malaysia,bangunan Universiti di Malaysia semuanya mega2 (besar). Seorang pensyarah punyai bilik yg besar. Semuanya berhawa dingin, sampai2 sya turun tangga Uni saya itu dikejar Ekon. Cuman sayang kekayaan Negara Malaysia, Para Dosen (pensyarahnya) kurang gemar membaca buku.Klupun ada hanya utk keperluannya utk mengajar semata. Soal kedalaman ilmunya sgt mengkhawatirkan. Daya fikir pelajar juga semacam terbantut oleh sesuatu. Bila pensyarah FPI cuman cerita rumah besar, mobil besar, tanah besar, jrang menampakkan intelektual. “Saya khuatir pak, bumi Malaysia ini tdk mampu melahirkan ramai pemikir masadepan, jika situasi begini terus berlanjut”,

    Jadi, atau sehubungan dgn itu, sistem ekonomi Islam diandalkan jadi pengganti sistem ekonomi sosialis,kapitalis,komonis, dll sistem, kita memerlukan sedikit lagi kesabaran dlm kurun waktu yg belum ditetapkan entah sampai “kapan”. Kitabnya masih berdebu,Para pakarnya masih bicara mobil besar, bini besar n segala yg besar2. Pelajar U, asal lulus dn dpt kerja.

    Atau katakanlah sistem itu,setelah dinilai semula ternyata teorinya hebat, lalu mo dilaksanakan. Soalnya: 1. Siapa pelaksananya…?. 2. Darimana kita mulai pelaksanaan.3. siapa pelopornya.

    Kan akhirnya kita sendiri,tak bernafas berbicara soal yg besar2 begini. Layakkah Malaysia berbicara soal sistem ekonomi Islam?

    Klu yg ada bunyi Islam dihujung, biasanya elegik lah UMNO/BN.Pakar luar negara ya banyak,,,tapikan pelaksana itu punyai kuasa melaksana…akhir sekali, sya hanya mengucapkan selamat berdebat Sistem Ekonomi Islam yg entah kapan penutupnya.

  • penggerak nyer…org2 yg amik ekonomi la kan…


Leave a Reply