December 16, 2008...4:45 pm

Bahasa Inggeris: Yang mana kerajaan nak ‘makan’ dulu?

Jump to Comments

raye-d-kmph

Mula-mula semasa Dato’ Mukhriz mengeluarkan idea sekolah satu aliran, saya agak angkat kening dan tertanya-tanya, apa yang calon Pemuda UMNO seorang ini cuba nak sampaikan? Pada awalnya, saya ingatkan Mukhriz nak mewujudkan sekolah ’satu-satu’ aliran atau berasingan mengikut kaum. Padahal, beliau nak mewujudkan sekolah satu aliran yang saya boleh katakan bercirikan ‘Absolute Malaysian’ – sekolah satu aliran yang mempunyai ciri-ciri mutlak sebuah Negara berbilang kaum dan bahasa terletak nun jauh di Asia Tenggara bernama Malaysia.

Mukhriz secara ringkasnya mencadangkan sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya.

Saya bukanlah ‘forte’ dalam falsafah pendidikan dan bahasa. Tapi kita semua sememangnya faham keperluan ‘penjenamaan semula’ sistem pendidikan demi pembangunan dan ekonomi Negara. Dalam isu sekolah satu aliran ini, saya lihat Mukhriz lebih kepada nak menyelesaikan masalah perpaduan disamping membuat peningkatan kepada penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ketiga – Bahasa Mandarin dan Tamil.

Bagi saya, saya sokong idea ini. Bila perhalusi kembali pendirian Prof Emiretus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Abdullah Hassan (Fakulti Bahasa-Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris), rasanya ada logik dan pandangan sisi tersendiri bagi pihak Mukhriz. Perpaduan kaum dalam keterlingkungan ilmu selalunya menjana impak besar kepada masyarakat berbanding keterlingkungan sosial biasa. Hasrat pemerkasaan Bahasa Melayu dan Inggeris, ditambah pula dengan Mandarin dan Tamil, memberi imej aliran ‘Absolute Malaysian’ yang saya katakan tadi dengan harmoni.

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Menarik tulisan Muhammad Faisal ialah Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam Harakahdaily baru-baru ini. Beliau mengambil kata-kata Profesor Dr James T. Collins menegaskan “wibawa sesuatu bahasa tidak terletak pada struktur dan sintaksisnya, kekuatan dan daya tarik bahasa berasaskan faktor politik dan sosial, termasuk kepesatan dan pencapaian ekonominya serta kesedaran dan kesetiaan penuturnya”

Secara asasnya, saya tidak begitu memahami situasi sebenar-benarnya tentang penguasaan Bahasa Inggeris di luar Bandar. Mungkin faktor persekitaran. Tetapi dalam isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, saya boleh katakan begini ; Kerajaan pembuat dasar (policy makers) seperti ayah yang menyuruh anaknya yang tak cukup makan dan kurus pergi mengerjakan bendang (sawah) untuk menyara keluarga. Ayah harap pertolongan anak menyara keluarga, si anak perut kosong dan tak bermaya. Hanya ayah yang zalim saja yang buat begini.

Saya berterima kasih kepada Tun Mahathir dengan idea ini, tapi kelemahannya ialah Tun telah menjadi ‘ayah’ yang zalim malah tidak memahami kemampuan anaknya sendiri. Dan diteruskan pula hingga ke zaman Pak Lah. Bukan bermakna saya ini cauvanisme atau Ultra Malay membabi buta, tapi si pemimpin terlalu idealis sehingga gagal turun ke bawah melihat anak-anak kampung yang masih lagi ada yang tak pandai membaca, menulis dan mengira. Isu bahasa Inggeris merupakan isu besar bagi mereka jika isu 3M pun mereka tak boleh nak selesai.

Memang saya berterima kasih, kerana Bahasa Inggeris itu bahasa Ilmu. Rakan-rakan di Akademi Pengajian Melayu selalu memberi contoh Negara Jepun yang bangga menggunakan Bahasa Jepun dalam penguasaan ilmu mereka. Saya faham itu. Sebab itulah saya timbulkan tadi soal sama ada si ayah memberi ‘makan’ yang secukupnya kepada anak atau tidak?. Pertimbangan prasarana dan fokus penekanan kepada Bahasa Inggeris perlu dilihat. Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru bagaimana? Apa kerajaan buat dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di peringkat kampung? Adakah kelas-kelas malam atau kelas hujung minggu percuma kepada mereka sebagai persediaan sebelum ‘melancarkan’ polisi yang mencorak masa depan bangsa ini?

Atau polisi ini hanya retorik kosong? Menjawab soalan retorik, bagi saya Tun Mahathir tak terlalu bodoh untuk mengubah dan membuat dasar pendidikan demi retorik kosong. Cuma bagi saya, beliau terlepas pandang dalam usaha persediaan sebelum melaksanakan polisi. Dalam hal ini, saya patut menyifatkannya beliau sebagai zalim dalam melaksanakan polisi. Lihat, ada perbezaan antara mengubah atau membuat dasar, dan melaksanakan dasar. Anda perlu memakai cermin mata yang ‘power’nya tiga kali lebih kuat dari membuat dasar.

bantabesar

Lemah Inggeris atau Lemah Strategi?

Saya petik sedikit tulisan Saudara Faisal dalam Harakah. Tokoh Dewan Bahasa dan Pustaka DBP Dato’ Awang Sariyan ketika membentangkan kertas kerjanya dalam Konvensyen Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan memperbaiki dan memperkasa sistem pengajaran bahasa Inggeris tersebut tanpa melibatkan matapelajaran lain.

Saya akui, saya tidak menyelami sedalam mana persoalan ‘apa itu Bahasa Inggeris?’ dalam kelas Statistik dan Analisis Kuantitatif di fakulti. Malah apa gunanya bahasa Inggeris dalam matapelajaran tersebut pun saya tidak jelas. Sememangnya saya faham, istilah yang digunakan adalan bersifat ‘world class’ atau antarabangsa, begitu juga pelajaran Kejuruteraan dan lain-lain yang bersifat pengiraan. Saya syorkan hanya matapelajaran tertentu saja yang diajar dalam bahasa Ingggeris.

Bahasa itu lenggok gaya percakapan. Matapelajaran pengiraan dan bersifat calculus dalam bahasa ibunda. Secara peribadinya saya juga akan tergelak dan tak selesa jika belajar Politik dan Isu-isu ekonomi dalam bahasa Melayu. Sebab matapelajaran ini berkait rapat dengan lenggok bahasa.

Persoalannya yang mana kerajaan nak selesai dahulu? Orang kedah kata yang mana nak ‘makan’ dulu? Aspirasi menggunung pengusaan pembangunan Negara dalam aspek industri dan kewangan? Atau menyelesaian kemampuan dan dilemma pengusaan bahasa Inggeris yang lemah bagi anak-anak pelajar di kampung dan kawasan pedalaman?

Penguasaan bahasa Inggeris bagus, namun aspek asas dan kekuatan utama itu perlu. Orang Melayu kata – biar pukul rata.

“Sekadar ’serius-lah’Berkongsi”

9 Comments

  • jgn juga lupa pada bahasa arab..

  • good stuff… wanna know more?
    how to control your anger with javascript ?

  • salam…seronok membaca komentar bernas aktivis muda.
    Pegangan ana, menerima segala sesuatu tanpa menganalisanya dan membuat komentar itu adalah sesuatu yang diistilahkan sebagai bodoh.
    Maka ada baiknya kita berkomentar, berdebat dan berdiskusi dalam suasana ketrampilan ilmu agar terampil generasi berilmu.
    Generasi yang penting dalam mendukung kejayaan dan kemashlahatan ummah.
    Idea dan dasar TDM menjadikan BI sebagai bahasa pengantar bg subjek Math & Sains adalah satu dasar yang baik.
    Ana bersetuju jika nak dikatakan bahawa TDM terlepas pandang dlm perlaksanaan dasar ini kerana hakikatnya di peringkat perlaksanaan khususnya keupayaan guru dalam BI amat rendah.
    Dan inilah dikenal pasti sbg punca utama masalah dalam perlaksanaan PPSMI di Malaysia.
    Saudara, membuat idea mencanang komentar itu mudah. Sprti kta saudara, membuat kelas malam dsb di kampung2. Persoalan yg utama, apakah ada kesediaan dalam kalangan penggerak2 ini?
    Dasar nya sudah ada, yakni perlaksanaan Skim Baucar Tuisyen, namun apa silapnya?
    Komitmen tiada. Sedangkan di SJKC mereka sanggup menggandakan waktu Math & Sains dari enam jam kpd 12 jam seminggu. 6 jam dlm BI manakala 6 jam lg dlm bhs ibunda.

  • Trima kasih kepada saintissosial,

    Saya berhak memberi pandangan, maka sbb itulah teknologi blog dicipta. Habit berkata “cakap pandai laa..” bagi saya terlalu ortodox dan jumud dalam pemikiran. Jgn luah terus apa yang disuap, kunyah dulu sehingga lumat baru muntah kalau tak sedap.

    Apa yang pasti, dalam membuat dan melaksanakan polisi kerajaan, konsepnya ada dua; dari ATAS ke BAWAH, dan dari BAWAH ke ATAS.

    Apa yang saya bincangkan ialah konsep dari ATAS ke BAWAH, bukannya konsep dari BAWAH ke ATAS. ianya tajuk tentang sejauh mana kecekapan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat dalam penguasaan bahasa inggeris, dan bagaimana berkesannya tindakan kerajaan dalam pelaksanaan polisi tersebut. Bukan perbincangan perihal masyarakat melayu atau komitmen guru-guru bawahan.

    Guru-guru dah laksanakan polisi dengan baik, yang menentukan atau mempengaruhi secara dasarnya ialah polisi kerajaan dan arahan dari atas. Sekarang sapa yang salah?, saya faham tentang komitmen, tapi tajuk perbincangan itu kecil jika nak dibandingkan sejauhmana kerajaan melaksanakan sesuatu polisi dengan berkesan. Ini situasinya.

    Macam masalah anak kita yang tak lulus peperiksaan, siapa salah? si ayah dan ibu yang gagal mendidik dan memberi kemudahan belajar kepada anak mereka atau diri anak itu sendiri yang dilahirkan bodoh, tidak ada komitmen dan tak pandai mengubah nasib? Tolong jawab..

    “sekadar berkongsi”

  • Anak Muda Reform

    tak dak..dalam isu PPSMI, kita perlu sedar, manakah yang menjadi prioriti utama???2 perkara yang aku nak nampak la…

    pertama dalam menjunjung keluhuran perlembagaan yang kononnya UMNO katekan sebagai sosial kontrak…jika ini dilanggar, atas dasar ape lagi cara kita nak membina perpaduan, jika bangsa lain mengganggu sosial kontrak terutama berkenaan hak2 melayu dan ISLAM, nah kau, bangun seantero malaya, membantah pendatang asing yang cuba mengganggu hak2 bumiputera dan mencabar ketuanan melayu..huhu, kelakar beb..kita tak hormat undang2 dan perlembagaan tak pe, org lain tak leh, ape ingat MALAYSIA nih mak bapak UMNO puyer ke…??

    jika diawal perbincangan saudara, menyatakan soal melahirkan identiti bangsa MALAYSIA berhubung melahirkan satu jenis aliran pendidikan, dan ini tentu sekali berkait rapat dapam menjunjung perlembagaan persekutuan yang menyatakan bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu…dan dalam soal ini, dalam penyata RAZAK, antara tokoh yang mengusulkan bahawa dengan penyatuan bahasa sahajalah mampu melahirkan perpaduan dan identiti bangsa…dan ini jelas, bangsa MALAYSIA nak berdiri atas identiti ape??bahasa mereka kah??budaya mereka kah??atau ape???dan disini sekali lagi bahasa sangat memainkan peranan dan membentuk identiti bangsa…sekali gus, merapatkan jurang krisis perkauman….

    kedua, mengapa nak diterlalu mengagung2kan bahasa inggeris??berdosakah bahasa melayu??atau bahasa melayu @ bahasa kebangsaan kita nih tak boleh menjadikan bangsa MALAYSIA sebuah bangsa yang berjaya dan bertamadun…

    sejarah kesultanan melayu melaka, membuktikan bahasa melayu telah menjadi lingua franca bagi pedagang2..sampai bile kita mesti menyondol buntut barat, tak cukup ke kita gagal mengembalikan kegemilangan umat ISLAM terdahulu dalam melahirkan saintis2 terkemuka dunia..adakah pada masa itu, pendidikan di dalam kerajaan umat ISLAM menukar bahasa pengantar mereka dalam bahasa arab kepada bahasa latin???sedangkan kebanyakkan buku2 falsafah yunani ditulis dalam bahasa latin..umat ISLAM berjaya tak memimpin dunia ketika itu??kenapa wahai pemimpin2 UMNO yang zalim, bahasa kebangsaan kita tak boleh menjadi bahasa sains dan teknologi ke???

    memang diakui, aku tak salahkan bahasa inggeris,kepetingannya memang terserlah dalam dunia globalisasi hari ni..tapi malangnya, dengan perlaksanaan satu dasar yang terburu2 tanpa kajian, demi kepentingan politik sempit yang berbaur kepentingan peribadi, habis anak bangsa, generasi muda pewaris negara, hancur dengan krisis identiti..bahkan dedahkanlah barape banyak pun kenyataan bahawa kejayaan peperiksaan dengan menggunakan dasar PPSMI, aku takkan percaya, sebab, keputusan ada pada tangan pihak yang berkuasa, mereka tetap zalim, menipu rakyat, korup dan bankrup….

  • salam…kami x berjiwa pujangga nak berkias kata tp sapa kata tu dasar bagus?ada komen memuji tu dasar bagus tapi apa yang anda faham tentang sesuatu dasar?bagaimana ia dibentuk?berdasarkan apa?apa pengaruh kepada halatuju dasar?adakah ia liberal or rejim?
    dasar ppsmi ini adalah sebuah dasar yang gagal kerana:
    2 contoh:
    1)melanggar perlembagaan negara
    2)guru yang mengajar pon x brapa fasih BI
    sebab itu ramai di kalangan pengkaji dasar menentang dasar ini.ia sangat lemah..tengok saja dasar baru dibuat”memakai tali pinggang keselamatan”.tujuan agak bagus tapi sapa yang melaksanakan dasar ini adalah agak bangang di kalangan mereka.kenapa?sebab ada double standart n ada kereta yang kena tunggu hujung tahun 2009 baru ada tali pinggang belakang.sapa penbuat dasar ini? x dibenarkan pakai topi keledar “seteng” or tembikai..tujuan bagus..sangat bagus..tapi butakah hati anda adakah kerajaan benar2 ikhlas ingin mengurangkan kemalangan atau “ada tangan2 hitam” yang mengaut keuntungan dari pembekalan tali pinggang n topi?bapa banyak kerajaan kena spend the money tuk beli helmet free tu?k…saya memang x setuju dasar ni dijalankan kerana kelemahan nya,akan terburu2 seolah2 dasar ini dibuat tanpa kajian..nak amik untung pon sabaq2 la sama…tegas saya menyatakan yang beberapa dasar kerajaan sekarang memang banyak kelemahan dan kemungkinan ‘tangan2 hitam’ punya angkara termasuk dasar penswastaan..dasar penswastaan dari segi zahir,bagus,untuk menaik taraf la..tu semua di mulut..sapa yang dapat syarikat tu bila diswastakan?kroni…rakyat yang berbilang bangsa,kaum,agama,tinggi ilmunya seolah2 buta n terpukau ngan dasar ni…last2 letrik mahey,semua mahey,mulut2 ‘wangi yang mengampu dasar tadi lari pi hutan cerita sama beruk dia pembangkang yang membangkang kuat dasar itu..ada cara tuk menaik taraf pekerja sektor awam..cuma sayangkan kroni lebih..buat dasar lanun somalia tu..cuma ada beberapa dasar yang baik n saya boleh terima setakat ini..setakat itu saja saya merapu..ermmm…pa pandangan YB Ahmad Fahmi PEKUMA?salam

  • Assalamualaikum kpd warga 15-20, unik namanya..
    terima kasih sbb bagi comment panjang dalam blog ini. pandangan awak sangat bagus dan tersusun..

    Emm, sebetulnya, saya memangnya nak katakan dasar PPSMI itu teruk dan perlu diubah pas masa SEKARANG..
    tetapi ianya sesuatu yg bagus jika ada penyelesaian atau persiapan yang rapi kepada isu no2 awak tadi iaitu – “guru yang mengajar pon x brapa fasih BI”. Itu la yg kita kena selesaikan.. baru ada ‘win-win situation’ gitu..
    Tentang melanggar perlembagaan, saya bukan orang undang-undang, tapi persoalan baik buruk dari mata saya Alhamdullillah mungkin boleh diterima.. soalnya begini, undang-undang boleh diubah.. kalau apa-apa yg memberi suatu bentuk kebaikkan kepada kita, kepada anak-anak kita nanti, kepada generasi kita, kepada bangsa, agama dan Malaysia, kita akan buat, malah perlulah dibuat, termasuklah mengubah undang-undang Malaysia sendiri, kita bebas menentukan yg mana baik, yang mana buruk, soalnya.. prosedur..? ya, saya ingat-ingat lupa tentang prosedur.. kalaulah sesuatu polisi itu tak dibuat secara diktator, mengabil kepentingan semua, tak ada unsur ‘political will’ atau ‘hidden agenda’ dalam polisi tersebut, yang ada hanyalah untuk menjunjung kemajuan Islam, bangsa Malaysia, negara Malaysia, maka sudah tentu kita AKAN mendapat/mengeluarkan polisi yang baik, sebagai kata putus dari tapisan logik da perbincangan dari pelbagai sudut.. soalnya, minta rasional.. Itu la saya kata selalu, idea PPSMI itu saya sokong, tapi persiapan kepada menghadapi itu yang lemah, soal masyarakat itu tak diambil kira, namanya zalim.. bagi yang memperjuangan semangat Melayu, bagaimana perlu ada satu resolusi supaya terus tidak terbuang nilai-nilai kemelayuan… bagi kaum yang lain, di mana kebebasan yang berbahasa.. bangsa Mandarin, Tamilnya bagaimana pula.. itu yang perlu kita fikir..
    Suasana ini disebabkan pemimpin yang diangkat mungkin secara psikologinya bukan dari golongan bawahan, tak terlalu menyelami isi hati dan permasalahan anak-anak kampung yg kurang berbahasa Inggeris… Saya puji Tun M, cuma perlu diperbetulkan beberapa perkara.. itu saja. Tak bolehkah kita adakan penyelesaian yang lebih terbuka.. dan mengambil suara semua…
    Saya bertanya pada kawan saya, saudara Zaki dari APM, sekarang dia jadi calon di sana, gud luck zaki,katanya, Jepun itu membangun dengan Bahasa Jepun, saya fikir sejenak.. Jepun itu bangsa nya satu sahaja.. tapi Malaysia itu banyak sekali bangsa.. Nilai sosialisasi tak timbul di Jepun, tapi di Malaysia, ya. ia berlaku.. Soalnya apa bahasa ilmu kita? pendekatan jangka panjang atau pendek? adakah ianya mengambil suara semua bangsa atau ada nilai-nilai ‘ketuanan Melayu’ yang secara ikhlasnya saya tidak sedap dengar sangat.. maaf bagi mereka yang terkesan dengan penyataan ini, tapi itulah saya.. menjawab persoalan tadi, sebenarnya say pun tidak ada jawapan kukuh, sekadar komen, sebab ini soal yang besar.. bacaan dan perbincangan, di tambah soal suasana pergaulan dan pandangan ideologi memperngaruhi saya dalam memberi penyataan.. soal ini, bagi saya begitulah.. ini cuma ruang perkongsian bukan.. maka berkongsilah, saya pun baru belajar..

  • salam.nie 1 time ak tgk laman ang. smart ar cang. nie ak wan 9.

  • seronok bca blog anda tentang isu ppsmi ni..bgus bangat seh

    ‘terima kasih’ – ahmadfahmie


Leave a Reply