(Maaf gambar agak kabur, 1.3MP O2)
Saya berjalan-jalan menghirup udara ‘segar’ Kuala Lumpur pagi ini.. Tiba-tiba saya terjumpa dengan sekumpulan kanak-kanak tadika ditemani guru mereka di suatu kawasan perumahan.
Wajah-wajah comel dengan gelagat masing-masing menghiasi suasana. Aman sungguh. Tersenyum seketika saya sendirian. Dengan pakaian yang sedondon, kanak-kanak lelaki dan perumpuan, rata-rata Melayu namun ada seorang India. Menggambarkan suasana Malaysia kata saya dalam hati.
Sedang seronok kanak-kanak itu bermain, si guru memberi arahan tegas namun masih disulami kelembutan kepada mereka untuk membuat bulatan.
“Semua buat circle,” kata si guru lembut tapi tegas.
Maka ikutlah mereka membuat ‘circle‘ seperti yang guru mahukan.
Makan masa juga nak melihat bulatan yang cantik dan tersusun. Pelbagai telatah dan gelagat dapat dilihat. Seperti juga Malaysia, ada yang dapat mengikut arahan dan ada yang tidak. Tabie manusia.
Dalam beberapa ketika, saya terperasan sesuatu yang tidak kena pada si guru dan kanak-kanak itu. Mereka membuat bulatan menyambungkan tangan kanak-kanak lelaki dan perumpuan sekaligus. Si guru pula, dengan rasa tidak bersalah menukarkan tempat kanak-kanak lelaki yang agak ‘degil’ berdiri di tepi yang perumpuan. Dan mereka terus berpegangan tangan dengan erat.
Jadi Isunya Apa?
Di mana sensitiviti kita sebagai masyarakat? Malah kita juga sebagai guru? Kita mendidik anak-anak itu dengan salah. Memang si kanak-kanak tidak tahu apa-apa, namun bolehkah kita sebagai dewasa menjamin tidak berlaku apa-apa kesan apabila mereka besar nanti?
Kanak-kanak dalam peringkat belajar dari yang dewasa. Sememangnya mereka akan belajar dari seseorang bernama GURU. Tak terlupa yang bernama AYAH dan IBU.
Bermain tetap agenda utama kanak-kanak ini. Namun agenda kita adalah mengajar yang BETUL. Bukan melatih yang BIASA.
Maka tak hairanlah, kanak-kanak yang hari ini bermain di tadika dan prasekolah, terus membesar dalam mentaliti yang sama. Terus menganggap yang HALAL itu HARAM, dan yang HARAM itu HALAL.
Mereka Membesar
Kanak-kanak ini akan menjadi seperti kita akan datang. Terus membesar. Melalui zaman sekolah rendah dan menengah. Kemudian teruskan lagi mewarnai kampus dengan idealisme masing-masing apabila bergelar mahasiswa. Kemudian bergelar graduan dan terus memimpin masyarakat. Maka persoalannya, berkualitikah mereka dalam mewarnai Malaysia? Mampukah mereka sampai ketahap yang lebih tinggi jika mulanya dengan ilmu yang tidak betul?
Saya menyalahkan kita semua. Termasuk diri saya sendiri. Adakah kita memainkan peranan masing-masing?
Mana kita mahukan?
Melatih yang BIASA, atau mengajar yang BETUL?
Namun sekadar mencetus.


2 Comments
June 29, 2008 at 1:58 am
salam..syeikh.. jemput ke blog ana.. http://syakuribrahimblog.blogspot.com/
September 21, 2008 at 12:29 am
boti..btoi…kadang2 tu kita just anggap benda tu besa ja..tapi kita tak sedar yang benda besa tu la yang akan jadi luar biasa nanty…